Minyak Kelapa Dara Creme Brulee Virgin Coconut Oil Miss Elwani | 100 ml

Dari MISS ELWANI
0
(0)
0 1840
RM 29.40
discount 16%
Stok Tersedia
Baru
VCOCB
Minyak Kelapa Dara Creme Brulee oleh Miss Elwani diinovasikan dengan menambahkan perisa creme brulee sebagai bahan mentah. Kami ingin mendorong lebih banyak orang mengamalkan minyak kelapa dara sebagai makanan tambahan harian mereka.
Kajian pakar menunjukkan Minyak Kelapa Dara meningkatkan kadar metabolisma, membantu sel baru berkembang dengan pantas dan membantu badan menjadi lebih sihat. Ia berperanan sebagai agen semulajadi yang mengurangkan kulat, bakteria dan virus yang boleh menyebabkan penyakit. Minyak Kelapa Dara mengandungi asid laurik yang bagus untuk menyokong sistem ketahanan badan kita. Ianya dapat memberi anda tenaga dengan segera jika kita  mengalami keletihan. Kulit yang kering menjadi lembap dan ianya memperbaiki kandungan lemak dalam kulit sekiranya diamalkan minum.
KEISTIMEWAAN MINYAK KELAPA DARA BERPERISA : 
- Minyak Kelapa Dara kami berperisa, ada 4 perisa : Strawberry, Passion Fruit, Blackcurrant & Crème Brulee.
- Menggalakkan lebih ramai mengambil MKD sebagai minuman kesihatan harian, rasa dan bau buah2an dan tak tengit.
- Bahan : Minyak Kelapa Dara & Perisa Makanan.
- Berdaftar dengan KKM, pengkelasan makanan.
- Lulus ujian makmal : bebas dari mikroorganisma dan bebas dari logam berat.
- Pembungkusan : Botol kaca yang siap ada penyumbat anti tumpah dan penutup. 100ml.
- Senang untuk di bawa ke mana2 untuk melancung atau kerja luar.
KELEBIHAN MINYAK KELAPA DARA BERPERISA :
- Jenis perisa, bukan MKD asli. Rasa sedap untuk diminum.
- Ia mengandungi asid laurik yang bagus untuk menyokong sistem ketahanan badan.
- Ia membantu memberi anda tenaga dengan segera jika anda mengalami keletihan.
- Ia mampu menjadikan kulit, rambut, dan kuku anda sihat. Kulit yang kering menjadi lembap dan memperbaiki kandungan lemak dalam kulit sekiranya diamalkan minum.
- Ia membantu meningkatkan kadar metabolisme meningkat, sel bangkit berkembang semula dengan pantas. Tubuh akan menggantikan sel-sel lama dengan yang baru dan kesihatan menjadi lebih sihat.
- Ia membantu berperanan sebagai agen semulajadi yang mengurangkan kulat, bakteria dan virus yang boleh menyebabkan penyakit.
- Ia boleh digunakan untuk memasak.
- Ia boleh juga diberikan kepada haiwan peliharaan untuk antibodi & kecantikan bulunya.
- Ianya asas kepada pelbagai jenis minyak lain untuk tujuan perubatan perubatan atau tradisional.
- Ianya boleh diminum sepanjang waktu mengandung dan boleh dijadikan sebagai minyak selusuh sebagai ikhtiar untuk melancarkan proses ibu melahirkan anak.
-- Ia membantu tumbesaran otak bayi dalam kandungan dan membantu menambah susu badan ibu berkhasiat untuk penyusuan bayi.
- Ia membantu mengurangkan risiko koyak/jahit selepas bersalin dan membantu mengurangkan risiko bayi demam kuning ketika lahir.
TESTIMONI PELANGGAN MINYAK KELAPA DARA BERPERISA :
- Alhamdulillah, kami menerima banyak maklumbalas yang positif dari pelanggan - pelanggan yang telah menggunakan produk kami. Rata - rata, mereka berpuas hati dengan kualiti produk.
- Untuk Minyak Kelapa Dara : Mereka rasa lebih bertenaga dan berkeyakinan diri, kurang rasa mengantuk dan bagus untuk sistem pencernaan.
CARA PENGGUNAAN MINYAK KELAPA DARA BERPERISA :
- Ambil 1 sudu 2 kali sehari dengan menggunakan sudu plastik atau sudu kayu dan minum begitu sahaja. Pastikan minum air lebih. Tidak digalakkan menggunakan sudu besi kerana ada kesan tindakbalas. 
- Minyak Kelapa Dara juga boleh di masukkan ke dalam kopi, teh, shake, smoothie dan sebagainya sebagai minuman harian. Ia juga boleh digunakan sebagai ‘salad dressing’ untuk sayuran. Kami pernah berkongsi dalam IG Page Miss Elwani : Bagaimana buat ‘pancake’ dengan menambah sedikit Minyak Kelapa Dara untuk menambah keenakan rasa ‘pancake’ itu.

Tidak ada ulasan.

Tidak ada komentar untuk produk ini. Jadilah yang pertama berkomentar!